TEGUH IMAN TRAINING & CONSULTANCY (001835564-H)
31-1, JALAN CECAWI 6/33, SEKSYEN 6, KOTA DAMANSARA, 47810 PETALING JAYA, SELANGOR
PENGENALAN
Teguh Iman Training & Consultancy (TITC) ditubuhkan pada 26 Februari 2009 Masihi bersamaan 1 Rabiul Awal 1430 Hijrah. Kota Damansara menjadi lokasi pilihan berdasarkan faktor kawasannya yang strategik dan majoriti penduduknya yang terdiri daripada golongan orang Melayu Islam.
Teguh Iman Training & Consultancy ataupun (TITC) ini adalah sebuah syarikat latihan dan perundingan yang komited dalam usaha membangunkan sumber manusia secara fitrah murni bagi mencapai kecemerlangan yang bersepadu merangkumi keperluan duniawi dan juga ukhrawi. Berbekalkan inspirasi usaha dakwah para ulama’ Yaman yang bersungguh-sungguh dalam menyebarkan dakwah Islam tanpa mengira fahaman politik, bangsa, warna kulit dan sebagainya maka tercetuslah idea penubuhan TITC di Malaysia, ini adalah kerana agama Islam adalah amat diperlukan oleh semua umat manusia sebagai cara hidup untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
ILMU
Firman Allah S.W.T:
{ فَاعْلَمْ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ }
Yang bermaksud: Maka ketahuilah bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah. ( Surah Muhammad : Ayat 19)
Berdasarkan ayat di atas,TITC cuba mengetengahkan satu ilmu yang telah ditarik daripada manusia selepas mereka dilahirkan iaitu ilmu mengenal Allah S.W.T. Dengan itu, TITC lebih menekankan dan mendahulukan aspek keimanan. Ilmu Iman menjadi identiti utama TITC kerana ia merupakan satu asas yang menghubungkan makhluk dan penciptanya. Pusat bimbingan Islam ini juga menyebarluaskan ilmu agama berdasarkan sistem pengajian di Yaman, ini kerana kemantapan ilmu Islam adalah bertunjangkan keteguhan iman seseorang individu . Produk keluaran TITC iaitu siri bimbingan pemantapan akidah Islam yang diperkenalkan oleh syarikat ini juga mempamerkan kelainan dan keistimewaannya yang tersendiri iaitu akidah atau iman berdasarkan keyakinan yang tercetus daripada pembuktian melalui mukjizat Nabi S.A.W.
Perkhidmatan program Mukjizat al-Quran dan Sains yang berbentuk ilmiah ataupun dalam bahasa Arab nya “Al-I’jaaz Al-Il’miy” adalah satu perkhidmatan asas TITC yang menjadi satu mata pelajaran asas di Yaman khususnya dalam peringkat yang tertinggi. Antara objektif TITC adalah berusaha sedaya upaya untuk membimbing manusia di segenap lapisan masyarakat agar tumbuh menjadi seorang insan yang mempunyai keteguhan iman dan celik Islam.
IMAN DAN AMAL
Firman Allah S.W.T :
{إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ}
[49.15] Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (Surah Al-Hujuraat : Ayat 15)
Dengan adanya fakta tentang kebenaran al-Quran berdasarkan kajian saintifik yang dilakukan oleh saintis-saintis barat menggunakan peralatan-peralatan canggih walhal al-Quran telah menceritakan tentang fakta ilmu tersebut sebelum 1400 tahun dahulu. Ini menunjukkan bahawasanya al-Quran adalah dari sisi Allah dan Muhammad itu Rasul Allah dan segala yang ada di dalam al-Quran itu adalah benar sehingga manusia dapat meneguhkan imannya. Kemudian barulah beralih ke peringkat yang selanjutnya iaitu siri bimbingan pemantapan ilmu Islam.
Selain daripada itu, di TITC juga, golongan orang bukan Islam dapat menimba ilmu pengetahuan kerana di sini mereka boleh untuk lebih mengenali agama Islam sebagai sebuah agama yang benar khususnya bagi orang bukan Islam yang mahu memeluk agama Islam dan saudara baru (mualaf) yang mahu mengenali agama Islam secara lebih terperinci dan memahami agama Allah ini dengan lebih mendalam.
STRUKTUR MAKLUMAT SYARIKAT
|
Nama Syarikat |
Teguh Iman Training & Consultancy |
|
Tarikh Penubuhan |
26 Februari 2009 M / 1 Rabiul ‘awal 1430 H |
|
No. Pendaftaran Syarikat |
001835564-H |
|
Jenis Perniagaan |
Perkongsian |
|
Penglibatan Bumiputera |
100% |
|
Pemilik Syarikat |
1. Tazlie Sham b. Ab.Rahman 2. Ahmad Redzuan b. Samsudin 3. Muhamad Lutfi b. Akmal Hisham |
|
Alamat Tempat Perniagaan |
31-1, Jalan Cecawi 6/33, Seksyen 6, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. |
|
Akaun Syarikat |
No Akaun: 129001080651134 (Al Rajhi Bank) |
VISI
Visi Teguh Iman Training & Consultancy ialah menjadi sebuah institusi yang mampu menyebarluaskan agama di mata rakyat tempatan amnya dan dapat membantu saudara sesama Islam dan saudara baru untuk lebih memahami Islam sebagai satu agama yang benar dan mendalami ilmu agama melalui kaedah-kaedah yang berlandaskan lunas-lunas yang sahih khususnya dengan berdasarkan cara pengajian ulama’ silam berpandukan kitab-kitab yang muktabar.
MISI
Misi Teguh Iman Training & Consultancy ialah untuk memupuk semangat cintakan Allah dan agama Islam berteraskan al-Quran dan as-Sunnah melalui anjakan paradigma yang mampu merubah persepsi masyarakat Islam di Malaysia. Pendekatan yang digunakan pula adalah secara interaktif dan inovatif dengan mengambil kira unsur manusiawi yang sempurna membabitkan keperluan seluruh pancaindera sebagai reseptor pembelajaran manusia.
OBJEKTIF
Objektif TITC adalah untuk memperkuatkan keteguhan iman masyarakat Muslim di Malaysia selain memberi peluang kepada orang Islam untuk mempelajari perkara-perkara yang wajib bagi setiap individu Muslim itu sendiri. Di samping itu, TITC juga membantu melahirkan insan kamil yang mengenal Allah S.W.T dan Rasulnya dengan lebih dekat lagi, dengan harapan agar setiap individu Muslim itu sendiri dapat meletakkan keredaan Allah S.W.T sebagai matlamat utama dalam tujuan hidupnya di dunia yang penuh dengan kesirnaan ini.
LATAR BELAKANG PENGGERAK TITC
Pengarah Urusan
Nama : Ahmad Redzuan b. Samsudin
Kelulusan Akademik : Pengajian Islam, Universiti Al-Ulum , Yaman
Pengurus Penyelidikan dan Latihan
Nama : Tazlie Sham b. Ab.Rahman
Kelulusan Akademik : B.A. (Hons) Pengajian Islam, Universiti Al-Iman Yaman
Pengurus Pemasaran dan Kewangan
Nama : Muhamad Lutfi b. Akmal Hisham
Kelulusan Akademik : B.A. (Hons) Pengajian Islam, Universiti Yamaniah, Yaman
BADAN KORPORAT
Muafakat KD (NGO)
RINGKASAN KEGIATAN SYARIKAT TEGUH IMAN TRAINING & CONSULTANCY
Kegiatan utama TITC meliputi :-
- Program Mukjizat al-Quran dan Sains
- Menganjurkan pameran-pameran yang mengetengahkan fakta-fakta kemukjizatan al-Quran melalui kaedah saintifik.
- Kelas intensif fardhu ain untuk kanak-kanak, remaja dan belia.
- Menggunakan pendekatan kaedah as-Sullam ( secara berperingkat)
- Menggunakan kitab-kitab ulama’ muktabar yang sesuai dengan segenap peringkat umur.
- Menyediakan kelas pengajian al-Quran untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.
- Ejen Produk Kesihatan
- Menjual produk kesihatan alternatif berasaskan tumbuhan-tumbuhan.
- Ejen Tiket Penerbangan
- Menjadi ejen tiket penerbangan antarabangsa.
- Menguruskan Pelajar ke Yaman
- Menguruskan pelajar-pelajar Malaysia ke institusi-institusi pengajian tinggi di Negara Yaman.
- Program Motivasi dan Kursus Kepimpinan Pelajar
- Menyediakan kursus-kursus serta latihan-latihan dan sesi motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.
- Menerbitkan bahan ilmiah bercetak dan audio
- Menterjemah buku-buku keagamaan ke dalam bahasa Melayu.
- Menerbitkan risalah-risalah keagamaan.
- Mengeluarkan produk-produk berbentuk audio seperti VCD dan DVD yang bercorak keagamaan.
PENGALAMAN RINGKAS
1. Pameran Mukjizat Saintifik di Balai Islam Lundang, Kota Baharu, Kelantan
2. Pameran Mukjizat Saintifik di PETRONAS Paka , Terengganu