Assalamualaikum..
kami dari Teguh Iman Training & Consultancy bertempat di Seksyen 6, Kota Damansara.
Syarikat kami membuka pendaftaran kepada kanak-kanak dan orang dewasa yang ingin mendalami ilmu agama, bahasa arab dan belajar mengaji iqra’ dan Al-Quran di kelas kami.
Kami menjalankan sesi pengajaran & pembelajaran secara talaqqi atau perseorangan. Setiap pelajar akan diajar selama 30 minit bagi iqra’ dan 1 jam bagi al-Quran dan subjek-subjek yang lain.
Syarikat kami mempunyai tenaga pengajar Ustaz dan Ustazah yang berkelulusan dari Universiti di Negara Yemen dan berpengalaman luas dalam bidang agama.
Muslimin dan muslimat boleh memilih waktu dan hari yang sesuai untuk menghadirkan diri di kelas pengajian kami. Setiap pelajar boleh memilih 3 hari untuk dewasa bagi subjek bacaan al-quran dan 2 hari bagi subjek-subjek yang lain. Ini bertujuan bagi memudahkan kami menyusun jadual kelas.
Contohnya: anda ingin memilih hari isnin dan khamis pada sesi malam sahaja.
Kelas diadakan pada setiap hari:
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Terdapat 3 sesi di kelas kami pada hari Isnin – Khamis:
Sesi Pagi – Pukul 9am – 11am
Sesi Petang – Pukul 3pm – 5pm
Sesi Malam – Pukul 8pm – 10pm
.
Yuran bagi mereka yang berminat:
Yuran Pendaftaran – RM20 sahaja sekali seumur hidup
Kanak-Kanak – RM80/Sebulan
Dewasa – RM100/Sebulan(al-quran)
Dewasa – RM150/sebulan(subjek-subjek lain seperti tafsir,hadis dan lain-lain)
Bagi yang berminat untuk mendaftar dan mengikuti kelas kami boleh berhubung terus dengan saya Ustaz Muhamad Lutfi di talianĀ 013-274 6887
Sekian, Wassalam.
ramzan
November 16, 2011 at 3:07 pm
cuti sekolah bulan 12 nie ada x kelas fardu ain utk kanak-kanak 10 dan 11 tahun, sbb anak saya lelaki, tapi belum pandai mengaji dan tidak bersekolah agama.
TITC
November 28, 2011 at 12:16 pm
i.allah cuti sekolah ni ada kelas al quran dan fardu ain untuk kanak-kanak…abang boleh call saya dinombor: 013-2746887