Kemaman, 22 Mei – Tim Teguh Iman Resources (TIR) telah diundang oleh pihak Ethylene Malaysia Sdn Bhd untuk mengadakan pameran mukjizat al-Quran sempena program Minggu Penghayatan al-Quran. Program anjuran Bahagian Sumber Manusia Ethylene Malaysia ini berlansung selama tiga hari bermula 21 Mei dan berakhir pada 23 Mei. Pelbagai aktiviti telah diatur oleh pihak penganjur di antaranya ujian hafazan al-quran, tilawah al-Quran, persembahan sajak, ceramah agama dan lain-lain lagi. Tidak ketinggalan pameran mukjizat al-Quran yang dikendalikan sepenuhnya oleh Tim TIR. Sebanyak 16 poster yang merangkumi empat tajuk telah dipamerkan dan ia mendapat sambutan yang amat baik dari pengunjung. Selain itu tim TIR juga menyediakan slaid powerpoint mukjizat al-Quran berkenaan dengan perkembangan janin manusia. Turut dipersembahkan tayangan video kuliah Syeikh Abdul Majid az-Zindani yang memaparkan beberapa topik berkaitan dengan mukjizat saintifik. Selain itu tim TIR juga turut mengadakan jualan buku yang bertajuk “Puasa – Hukum dan Hikmah Menurut Islam dan Fakta Sains Moden”. Program tersebut mendapat sambutan yang hangat dari warga Ethylene Malaysia dan ia berakhir tepat jam 10.00 malam 23 Mei 2008.









Assalamualaikum…….
Tahniah dan syabas lah kat korang semua….. Kagum dan teruja ana dengan program dan aktiviti yang korang buat……
Teruskan kerja-kerja antum semua dalam menerangkan kepada masyarakat tentang kehebatan Ilmu sains berteraskan Al-Quran dan Hadis Rasulullah saw..
Ana nak minta izin nak cedok seberapa banyak artikel yang ada kat sini dengan kat laman mukjizatsaintifik.blogspot.com untuk ana gunakan melawan anasir athies ni….pasal ana sekarang sedang berdebat dengan seorang Islam yang nak jadi Atheis pasal tak yakin dengn Al-Quran……..
So , ubatnya ialah memBONGKAR rahsia al-Quran pada dia…. kalau tak jalan nanti ana panggil antum semua …. kasi basuh sikit kepala hotak dia tu…..hahahah..
Tahu tak saper ana ni…..
ANA LAH BEKAS TAUKE DAN PENGASAS MEDAN SELERA PERMAYA….HAHAHAH
Ana RAFI LAH…ABU FATHI…..
OK jalan dulu…..
Lama tak jumpa korang……. dan geng-geng yaman lainnya…..
Rindu pulakrasanya….hahahaahha…terutama kat Chief of the team…Ustaz Adli….
HAhahahahaah
Tahniah Teguh Iman Resources..
mana gambar TIR group??
nampak muka ust delli je ni
aiks mantan taukey medan selera pun ada
Salam semua…
geng2 TIR ni pemalu belaka..tu pasai tak letak gambar..dlm struktur organize kompeni pon tadak gambar..hehehe
eh, ust Rafi…lame guh dok jumpe…..semoga usaha anda berjaya