RSS

Kelas Al-quran Dan Fardu Ain Percuma Di Kota Damansara

Assalamualaikum..

Saya Ustaz Muhamad Lutfi dari Teguh Iman Training & Consultancy bertempat di Seksyen 6, Kota Damansara.

Syarikat kami menawarkan pengajian al-quran dan fardu ain secara percuma kepada mana-mana ibu bapa yang tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas agama,sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya di nombor:

Ustaz Lutfi : 013-2746887

Tempat terhad untuk 6 orang sahaja dan pengajian akan berjalan selama 6 bulan,

Terima kasih.

 
Leave a comment

Posted by on December 1, 2011 in NEW

 

KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN KOTA DAMANSARA SESI 2011/2012

Assalamualaikum..

kami dari Teguh Iman Training & Consultancy bertempat di Seksyen 6, Kota Damansara.

Syarikat kami membuka pendaftaran kepada kanak-kanak dan orang dewasa yang ingin mendalami ilmu agama, bahasa arab dan belajar mengaji iqra’ dan Al-Quran di kelas kami.

Kami menjalankan sesi pengajaran & pembelajaran secara talaqqi atau perseorangan. Setiap pelajar akan diajar selama 30 minit bagi iqra’ dan 1 jam bagi al-Quran dan subjek-subjek yang lain.

Syarikat kami mempunyai tenaga pengajar Ustaz dan Ustazah yang berkelulusan dari Universiti di Negara Yemen dan berpengalaman luas dalam bidang agama.

Muslimin dan muslimat boleh memilih waktu dan hari yang sesuai untuk menghadirkan diri di kelas pengajian kami. Setiap pelajar boleh memilih 3 hari untuk dewasa bagi subjek bacaan al-quran dan 2 hari bagi subjek-subjek yang lain. Ini bertujuan bagi memudahkan kami menyusun jadual kelas.

Contohnya: anda ingin memilih hari isnin dan khamis pada sesi malam sahaja.

Kelas diadakan pada setiap hari:

Isnin
Selasa
Rabu
Khamis

Terdapat 3 sesi di kelas kami pada hari Isnin – Khamis:

Sesi Pagi – Pukul 9am – 11am
Sesi Petang – Pukul 3pm – 5pm
Sesi Malam – Pukul 8pm – 10pm
.

Yuran bagi mereka yang berminat:
Yuran Pendaftaran – RM20 sahaja sekali seumur hidup

Kanak-Kanak – RM80/Sebulan

Dewasa – RM100/Sebulan(al-quran)

Dewasa – RM150/sebulan(subjek-subjek lain seperti tafsir,hadis dan lain-lain)

Bagi yang berminat untuk mendaftar dan mengikuti kelas kami boleh berhubung terus dengan saya Ustaz Muhamad Lutfi di talianĀ  013-274 6887

Sekian, Wassalam.

 
2 Comments

Posted by on October 4, 2011 in NEW

 

Kem Pemantapan Al-quran Dan As-sunnah sempena cuti sekolah bulan lima 2011

InsyAllah pada bulan 6 ini ni,anjuran ,Ingin tahu lebih lanjut sila hubungi Ust Redzuan

di no: 019-2762055.

 
Leave a comment

Posted by on March 22, 2011 in NEW

 

Program Peningkatan Iman Sempena cuti sekolah bulan Mac 2011

This slideshow requires JavaScript.

Gambar-gambar sempena Kem Peningkatan Iman 2011 di masjid Kota Damansara.

 
Leave a comment

Posted by on March 22, 2011 in Aktiviti-aktiviti

 

Gambar-Gambar Program Mukjizat Al-Quran dan Sains Sempena Cuti Sekolah

Pada 30 Mei 2009 bertempat di Masjid Kota Damansara, satu program Mukjizat Al-Quran dan Sains sempena musim sekolah telah berlangsung selama sehari. Program ini dibuka untuk pelajar sekolah rendah dan menengah bertujuan untuk mengisi cuti sekolah dengan program yang berfaedah.

 
Leave a comment

Posted by on June 2, 2009 in Aktiviti-aktiviti

 

Tags:

Pameran Mukjizat al-Quran di Ethylene.

Kemaman, 22 Mei – Tim Teguh Iman Resources (TIR) telah diundang oleh pihak Ethylene Malaysia Sdn Bhd untuk mengadakan pameran mukjizat al-Quran sempena program Minggu Penghayatan al-Quran. Program anjuran Bahagian Sumber Manusia Ethylene Malaysia ini berlansung selama tiga hari bermula 21 Mei dan berakhir pada 23 Mei. Pelbagai aktiviti telah diatur oleh pihak penganjur di antaranya ujian hafazan al-quran, tilawah al-Quran, persembahan sajak, ceramah agama dan lain-lain lagi. Tidak ketinggalan pameran mukjizat al-Quran yang dikendalikan sepenuhnya oleh Tim TIR. Sebanyak 16 poster yang merangkumi empat tajuk telah dipamerkan dan ia mendapat sambutan yang amat baik dari pengunjung. Selain itu tim TIR juga menyediakan slaid powerpoint mukjizat al-Quran berkenaan dengan perkembangan janin manusia. Turut dipersembahkan tayangan video kuliah Syeikh Abdul Majid az-Zindani yang memaparkan beberapa topik berkaitan dengan mukjizat saintifik. Selain itu tim TIR juga turut mengadakan jualan buku yang bertajuk “Puasa – Hukum dan Hikmah Menurut Islam dan Fakta Sains Moden”. Program tersebut mendapat sambutan yang hangat dari warga Ethylene Malaysia dan ia berakhir tepat jam 10.00 malam 23 Mei 2008.

 
4 Comments

Posted by on June 3, 2008 in Aktiviti-aktiviti

 

Tags:

Pameran Mukjizat Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan

Pada tanggal 11 September 2007, tim Teguh Iman Resources (TIR) telah diundang untuk turut serta dalam Pameran Mukjizat al-Quran peringkat negeri Kelantan. Pameran tersebut berlangung selama lima hari yang bertempat di Balai Islam Lundang, Kelantan. Program ini adalah anjuran Pustaka Dar Nur Zahrah dengan kerjasama kerajaan negeri Kelantan serta beberapa agensi awam dan swasta seperti Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan, Darul Digital, HUSM dan lain-lain lagi. Tim TIR telah ditugaskan untuk mengendali pameran yang berkaitan dengan mukjizat saintifik, merangkumi konsep, pengisian, bahan dan lain-lain lagi. Pameran ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pengunjung kerana ianya julung kali diadakan di Kelantan mahupun Malaysia.

 
Leave a comment

Posted by on June 2, 2008 in Aktiviti-aktiviti

 

Tags:

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.